HEADLINES

Kes remaja maut akibat renjatan elektrik: gantung operasi serta-merta keterlaluan

Mike Chong berkata pihak berkuasa sepatutnya menyiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan

9:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan tergesa-gesa menggantung operasi bas yang terbabit dalam insiden renjatan elektrik hingga mengakibatkan kematian seorang remaja, tanpa mengetahui punca sebenar kejadian adalah keterlaluan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong berkata keputusan dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) segera menggantung operasi bas berkenaan seakan menyalahgunakan kuasa yang ada padanya sebelum memahami punca sebenar kejadian.

“Tanggungjawab syarikat bas adalah untuk memastikan penumpang yang dibawa sampai ke destinasi dengan selamat, termasuk keselamatan kenderaan dan sebagainya. Namun, soket yang dikatakan punca kemalangan tersebut berasal daripada pengilang bas, bukannya akibat pemanduan yang berbahaya.

“Seharusnya Kementerian Pengangkutan (MOT) turut menyiasat pengilang bas dan pembekal berkaitan, termasuk alat pengecas yang digunakan oleh mangsa bagi mengenalpasti punca sebenar sebelum mengenakan sesuatu tindakan.

“Anthony Loke juga seharusnya faham sebuah syarikat bas memiliki pelbagai jenis bas termasuk jenama, peralatan, kelengkapan dan komponen yang berbeza, mencecah ratusan jenis ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahad lalu, Loke telah mengarahkan APAD menggantung serta-merta operasi bas ekspres susulan insiden melibatkan seorang remaja, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, yang maut dengan kesan melecur di tangan kiri akibat renjatan elektrik.

Kejadian berlaku ketika remaja itu mengecas telefon menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Terminal Penang Sentral, Butterworth, Pulau Pinang pada 2 November lalu.

Chong menambah, insiden melibatkan penggunaan soket dalam bas sangat jarang berlaku dan ia tidak seharusnya dipukul rata dan menyamakan ia dengan kemalangan trafik yang biasa.

Sebaliknya, insiden itu perlu disiasat secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar sebelum kuasa menteri boleh digunakan bagi membuat perubahan dalam dasar atau undang-undang berkaitan isu tersebut.

“Keputusan Menteri Pengangkutan untuk menggantung operasi syarikat bas tersebut dengan serta-merta adalah sangat autokratik dan tidak menunjukkan profesionalisme sebagai seorang menteri.

“Ia mungkin boleh diterima jika menteri hanya meminta bas terlibat sahaja diberhentikan operasinya bagi menunggu laporan siasatan, tetapi menteri telah menggantung lesen perniagaan syarikat bas itu sebelum beliau memahami sepenuhnya punca sebenar kemalangan. Tindakan itu sangat autokratik dan berlebihan,” katanya.

Menurutnya lagi, keputusan penggantungan itu juga memberikan tekanan terhadap syarikat bas berkenaan termasuk menjejaskan punca rezeki pemandu bas mereka.

Secara tidak langsung, katanya, pemandu bas lain yang tidak bersalah turut terjejas kerana pendapatan yang merosot secara mendadak.

“Disebabkan tanggapan negatif yang wujud, syarikat bas telah dihukum tanpa melalui siasatan yang adil, ini secara tidak langsung menyebabkan ramai pemandu bas kehilangan pendapatan untuk menyara keluarga mereka,” katanya. – 5 November, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Related