◉ HEADLINES

Kepuasan pelanggan antara faktor U Mobile dipilih rangkaian 5G kedua negara: MCMC

U Mobile Sdn Bhd, sebagai penyedia rangkaian 5G kedua, dibenarkan bekerjasama dengan rakan ekosistem yang lain tertakluk kepada kelulusan MCMC

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemilihan U Mobile Sdn. Bhd. sebagai pengendali rangkaian 5G kedua negara adalah berdasarkan beberapa faktor termasuk rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan serta prestasi dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain.

Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya berkata, ia termasuk sumbangan memberangsangkan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan Projek Penaiktarafan 4G, selaras dengan komitmen MCMC untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan.

“Melalui pemilihan ini, tanggungjawab pengawalseliaan terhadap U Mobile boleh dikuatkuasakan mengikut pematuhan yang telah ditetapkan dan jika terdapat ketidakpatuhan, penalti akan dikenakan.

“U Mobile Sdn Bhd dibenarkan bekerjasama dengan rakan ekosistem yang lain tertakluk kepada kelulusan MCMC dan MCMC sentiasa menilai kerjasama tersebut untuk memastikan manfaatnya dinikmati rakyat Malaysia,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki oleh U Mobile Sdn Bhd, MCMC berkata ia sedia maklum mengenainya dan menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat.

Pada I November lalu, MCMC mengumumkan rangkaian 5G Kedua Malaysia akan dilaksanakan oleh U Mobile Sdn Bhd.

Dalam pada itu, MCMC berkata, menerusi penubuhan rangkaian 5G kedua ini, ia membuka jalan untuk fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.

Perkembangan ini, ujar MCMC akan menggalakkan persaingan dan mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga yang berpatutan.

“MCMC akan terus memantau standard kualiti dalam kalangan semua penyedia perkhidmatan bagi memastikan landskap telekomunikasi yang kukuh dan boleh dipercayai untuk masa depan negara.

Suruhanjaya itu juga memberitahu, untuk mencapai matlamat memastikan rangkaian 5G kedua di Malaysia memenuhi standard tertinggi dari segi kualiti, kebolehpercayaan dan aksesibiliti, proses pemilihan ketat telah dijalankan.

Ia menekankan keupayaan penyedia untuk menawarkan perkhidmatan 5G yang pelbagai dan membolehkan rakyat Malaysia menikmati kesalinghubungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan. – 6 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

◉ Related