◉ HEADLINES

Terengganu perkenal Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ mudahkan rakyatnya cari pasangan

Dikenali sebagai ‘Jodoh Darul Iman’, aplikasi itu dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan negeri

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu aplikasi yang bakal memudahkan mereka yang ingin mencari pasangan hidup bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri Terengganu tidak lama lagi.

Dikenali sebagai ‘Jodoh Darul Iman’, aplikasi itu dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan negeri.

Menurut Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), aplikasi itu direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.

“Ia hampir 98% siap,’’ kata YPKT menerusi hantaran di Facebooknya.

Menurut YPKT, menerusi pelaksanaan aplikasi ini, diharapkan ia dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri itu.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan setakat ini mengenai aplikasi cari jodoh ini tetapi netizen rata-rata berasa teruja dengan program berkenaan.

Ada yang ingin mencuba nasib menerusi ‘Jodoh Darul Iman’ malah ramai yang ingin tahu sama ada penduduk bukan Terengganu juga layak menyertainya.

Bagaimanapun tidak kurang yang meluahkan kebimbangan, jika tiada kawalan maka mungkin ada yang sudah berkahwin akan menyertainya juga, sekali gus bakal mengundang insiden lain kelak.

Namun ada juga yang sinikal dengan aplikasi ini kerana menurut mereka sudah banyak ‘dating app’ yang ada di pasaran termasuk yang berunsur Islamik.

“Banyak dah aps jodoh. Dulu tiada benda-benda ini, elok je jumpa jodoh, aps seperti ini senang dapat dan senang pergi.

“Yang kawin pun mengaku single,’’ kata netizen di Facebook. – 7 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related