HEADLINES

Mahkamah: 11 Disember putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB

Responden lain dalam permohonan itu ialah PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ), Clyde & Co LLP dan Temple Fiduciary Services Limited

3:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Disember untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan US$340 juta (RM1.61 bilion) dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan dalam akaun pelanggan di firma guaman di United Kingdom (UK).

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu semasa prosiding mahkamah hari ini, yang dihadiri oleh Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun, peguam PSI Alex Tan dan peguam Obaid Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Responden lain dalam permohonan itu ialah PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Limited (PSOS-VZ), Clyde & Co LLP dan Temple Fiduciary Services Limited.

Pada 2020, mahkamah membenarkan permohonan kerajaan untuk perintah sementara menghalang pihak terbabit daripada memindahkan wang yang dikaitkan dengan 1MDB dan menyimpannya dalam akaun escrow yang dipegang Clyde & Co.

Perintah itu adalah bagi mengekalkan status quo pihak terbabit sehingga pelupusan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah menghalang sebarang urusan membabitkan wang milik PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ, yang kini berada dalam akaun tersebut.

Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.

Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada Ogos tahun ini, media antarabangsa melaporkan Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland mensabitkan kesalahan Obaid atas penyelewengan US$1.8 bilion daripada 1MDB dan dia dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun. – 7 November, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related