HEADLINES

WCE Banting-Gelang Patah beri manfaat pembangunan sepanjang laluan

Ia dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat

11:31 AM MYT

 

PONTIAN — Pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) bagi jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata antaranya, ia dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat.

“WCE akan disambung ke Selatan dan melalui daerah seperti Batu Pahat, Tanjung Piai (Pontian) sampai ke Gelang Patah.

“Apabila melalui kawasan berkenaan, seperti Pontian, mungkin jalan raya di daerah itu suatu ketika nanti akan menjadi kepada empat lorong. Oleh itu, kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang meluluskan (projek) itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 di sini, semalam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke sebelum ini dilapor berkata WCE bakal menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Beliau berkata selain menyuraikan kesesakan trafik, projek dalam perancangan itu juga memberi kesan positif dalam memacu kemajuan di kawasan sepanjang laluan sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Bajet 2025 pada 18 Oktober lepas, mengumumkan WCE  Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam Swasta (PPP) akan diberi keutamaan tahun depan.

Ketika ini satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal adalah PLUS yang mula dibuka sejak 1994.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata sukan permotoran seperti rali dilihat berpotensi untuk dibangunkan di daerah yang menjadi tumpuan sekali gus dapat menarik minat pelancong dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat. – 10 November, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related