◉ HEADLINES

‘Bagaimana nak bicara dengan adil kalau pendakwa sekat akses kepada dokumen penting,’ soal Wan Saiful

Pada awal perbicaraan, pendakwaraya memberitahu mahkamah mereka enggan membekalkan beberapa dokumen yang diminta: Wan Saiful

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyuarakan kebimbangan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dalam kes pengubahan wang haram dan rasuah berkait projek Jana Wibawa jika peguamnya dihadkan akses untuk mendapatkan dokumen bukti yang penting.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, pada awal perbicaraan, pendakwaraya memberitahu mahkamah mereka enggan membekalkan beberapa dokumen yang diminta oleh peguamnya.

“Peguam saya membantah kerana ini menghadkan akses kami kepada dokumen yang relevan dan penting untuk pembelaan. Bagaimana nak bicara dengan adil kalau pendakwa menyekat akses kepada dokumen bukti yang penting?

“Peguam saya menyatakan bahawa jika pendakwaraya begitu berat hati memberikan dokumen tersebut, ia memberi gambaran bahawa memang benarlah dokumen itu penting. Jika tidak, kenapa susah sangat nak kongsi dokumen yang ada,’’ soalnya.

Pada Oktober tahun lepas, Wan Saiful didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.59 juta.

Wan Saiful, 48, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terbabit dan memohon dibicarakan.

Mengulas lanjut, dalam perbicaraan kes berkenaan di mahkamah hari ini, Wan Saiful memberitahu saksi bagi kes berkenaan seolah-olah bersungguh-sungguh mengaitkan namanya dengan bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keadaan itu, ujarnya berlaku ketika sesi soal balas dengan peguamnya melibatkan saksi yang juga bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Yusoff berhubung pemberian kontrak.

“Pada mulanya dia sahkan semua proses adalah betul dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul menjalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang yang sewajarnya dalam pemilihan kontraktor.

“Tapi semasa soal balas juga, mula-mula Datin Rosni kata dia tahu Tan Sri Muhyiddin telah letak jawatan pada 16 Ogos 2021.

“Tapi apabila peguam saya sebut bahawa pemberian kontrak dibuat pada April 2022, dan peguam tanya Datin Rosni siapa Perdana Menteri pada April 2022, boleh pula dia kata dia rasa Tan Sri Muhyiddin masih Perdana Menteri.

“Padahal beberapa minit sebelum itu dia dah sebut bahawa Tan Sri Muhyiddin dah resign pada bulan Ogos 2021. Pelik betul peristiwa hari ini,’’ katanya. – 15 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

RM5.98m in fines issued to employers over illegal workers since early 2026

Malaysia’s Immigration Department ramps up enforcement against employers, issuing nearly RM6 million in fines within two months as part of a broader push to curb illegal employment and reduce migrant inflow

Months on, mysterious death of Sweden’s former envoy to Malaysia leaves questions lingering

Scandal, resignations, and allegations continue to haunt Stockholm’s diplomatic circles

◉ Related