HEADLINES

‘Tak pernah sabotaj, kerajaan bawa banyak pelaburan ke Kedah’ kata Tengku Zafrul

5:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan tidak pernah mensabotaj pelaburan yang dibawa ke Kedah.

Beliau berkata, sebaliknya telah banyak pelaburan yang dibawa masuk kerajaan ke negeri itu.

Katanya, termasuk yang terkini membabitkan nilai pelaburan mencecah RM2.16 bilion oleh Hyundai Motor Company (HMC) di Kulim.

“Susulan pertemuan bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Korea, HMC telah mengumumkan pelaburan tambahan RM2.16 bilion di Kulim.

“HMC merancang untuk menjalankan pemasangan kenderaan tempatan, termasuk model EV (kenderaan elektrik) di Kulim.

“Syarikat itu juga akan menghasilkan model premium dan mewah yang disasarkan untuk pasaran Asean (dengan) pengeluaran dijangka akan bermula pada pertengahan 2025,” katanya di aplikasi X hari ini.

Beliau berkata, kerjasama kerajaan Malaysia dan HMC turut merangkumi pengembangan ekosistem EV tempatan dengan penekanan kepada teknologi bateri EV berinovasi tinggi.

“Pelaburan tambahan Hyundai akan mengukuhkan peranan Malaysia sebagai hab automotif serantau, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (#NIMP2030).

“Komitmen Hyundai juga akan mewujudkan ratusan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia dan mencipta lebih banyak pekerjaan tambahan bagi perusahaan kecil dan sederhana yang menyokong operasi mereka,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencabar Muhammad Sanusi mendedahkan pihak yang mempunyai rancangan besar menggagalkan pelaburan swasta di Kedah seperti didakwa

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat perancangan besar untuk menggagalkan pelaburan swasta di Kedah.

Beliau mendakwa syarikat yang berhasrat melabur di Kedah akan diberi tekanan dan sekatan supaya menarik diri daripada projek yang diumumkan.

Sebagai contoh katanya, keputusan Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi, bernilai RM40 bilion.

Susulan itu, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mencabar Sanusi mendedahkan pihak yang mempunyai rancangan besar menggagalkan pelaburan swasta di Kedah seperti didakwanya.

Namun Sanusi enggan mendedahkan maklumat pihak yang didakwa itu sebaliknya mahu perkara itu menjadi rahsia dan disimpan dalam hati sahaja. – 26 November, 2024

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related