HEADLINES

Mangsa banjir di 6 negeri meningkat 37,189 orang: PM

Penduduk terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh monsun timur laut November 2024 hingga Mac 2025

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memperkemaskan penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri sepanjang tempoh Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac 2025.

Menurut Perdana Menteri, penduduk di kawasan terkesan menjadi keutamaan tertinggi sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau memberitahu, sehingga jam 9.32 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Johor dan Perak adalah sebanyak 37,189 orang membabitkan 11,385 keluarga.

“Sebanyak 322 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negara.

“Kelantan merekodkan mangsa banjir tertinggi iaitu 30,582 orang melibatkan 9,223 keluarga. 157 PPS juga sudah dibuka di sembilan daerah di Kelantan,’’ katanya sebelum memulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), hari ini.

Anwar turut memuji Nadma dan seluruh jentera termasuk kerajaan negeri yang memberikan kerjasama dan persiapan lebih pada tahun ini.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Nadma dan seluruh jentera, termasuk kerajaan negeri yang memberi kerjasama persiapan lebih baik tahun ini,” katanya. – 28 November, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related