◉ HEADLINES

Banjir di seluruh negara terburuk sejak 2014: Zahid

Keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka

3:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banjir di seluruh negara khususnya di Kelantan dan Terengganu amat membimbangkan dan lebih teruk berbanding 2014, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, apa yang lebih membimbangkan ialah keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka, yang berada di puncaknya.

Namun, katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangka berlaku pengurangan luruan hujan nanti.

“Kita yakin dengan pengurangan luruan hujan itu, ia akan mengurangkan pemindahan (mangsa banjir) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Banjir yang melanda Kelantan pada 2014 itu atau dikenali sebagai Bah Kuning telah menyebabkan seluruh negeri itu lumpuh.

Dalam kejadian pada 2014 di Kelantan itu, dianggarkan kemusnahan ribuan rumah, bangunan dan kenderaan rosak bernilai berbilion ringgit.

Sehingga tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di seluruh negara kini sudah meningkat kepada 150,912 orang melibatkan 45,294 keluarga dengan Kelantan mencatatkan bilangan teramai iaitu 97,045 mangsa.

Dalam pada itu, Zahid berharap agar penduduk di negeri yang terkesan dengan banjir dapat mengikut arahan jawatankuasa bencana negeri, dan ketika ini lebih 82,000 pegawai dan anggota keselamatan telah dimobilisasikan bagi membantu mangsa di kawasan terlibat.

Beliau berkata ketika ini PPS yang ada di seluruh negara mampu menampung kira-kira 2.1 juta mangsa banjir.

“Namun kita merasakan kesiapsiagaan sahaja tidak mencukupi, penduduk di kawasan yang dijangkakan banjir terutama di kawasan rendah hendaklah mengikut nasihat diberikan jawatankuasa bencana negeri untuk berpindah awal.

“Kita tidak mahu jumlah kematian bertambah, maka kesiapsiagaan dan amaran awal mesti diikuti sepenuhnya agar dapat mengelakkan kehilangan nyawa,” katanya.

Zahid turut meminta semua pihak agar mengetepikan berbezaan warna dan fahaman politik demi membantu mangsa banjir yang terkesan. – 1 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related