HEADLINES

JPN sahkan data Mykad 17 juta rakyat Malaysia tidak bocor

Selain JPN, siasatan turut dijalankan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

5:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad melibatkan 17 juta rakyat Malaysia yang didakwa dijual di ‘dark web’ atau laman web tertutup.

JPN dalam satu kenyataan memberitahu siasatan yang dijalankan menunjukkan tiada kes seperti itu pernah berlaku.

Malah, JPN turut meminta Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan pihak berkaitan melakukan siasatan lanjut

“JPN akan sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia di bawah jagaan JPN supaya terjamin dan dilindungi,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, akaun X Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa data MyKad 17 juta rakyat Malaysia telah bocor dan dijual di ‘dark web’ atau laman web tertutup.

Akaun berkenaan turut memuatnaik sampel kad pengenalan yang didakwa bocor sehingga mencetuskan kebimbangan ramai terhadap risiko kecurian identiti dan penipuan.

Semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail memberi jaminan keselamatan data terutama MyKad terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Beliau berkata pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan itu mendapati ia tidak benar sama sekali. – 5 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related