HEADLINES

Banjir: peniaga perabot, karpet beri diskaun hingga 80%

Barangan yang kering dan tidak ditenggelami banjir turut ditawarkan dengan harga murah dengan niat membantu

8:41 PM MYT

 

PASIR MAS – Peniaga di Rantau Panjang di sini mula melelong barangan jualan yang ditenggelami banjir seperti perabot, peralatan dapur dan pakaian dengan memberikan diskaun hingga 80%.

Pemilik kedai perabot dan karpet Ali Manshah Hakim Shah berkata sejak menjalankan perniagaan 20 tahun lepas, pekan itu lazimnya dilanda banjir tiga kali setahun.

“Saya tolak tepi kerugian asalkan barangan yang ditenggelami banjir ini dapat membantu mangsa dan mereka yang memerlukan.

“Bukan semua barangan di kedai D’Hana Karpet Jaya Enterprise ditenggelami banjir, ada yang kering tetapi kami tetap jual dengan harga murah sebab niat saya hendak bantu mereka yang terjejas,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Ali Manshah berkata beliau menawarkan diskaun 50% termasuk untuk sofa berjenama yang kini dijual pada harga RM1,600 berbanding harga asal RM2,990 manakala set katil ditawarkan pada harga RM380 berbanding RM590 sebelum ini dan alas tilam pula dijual serendah RM20 hingga RM45.

Bagi Farhana Abdul Rani, 39, kebanyakan pelanggan datang ke kedainya untuk membeli barangan seperti tilam, selimut dan cadar.

“Kebanyakan barang yang dijual telah ditenggelami air dan berselut sebab itu saya mengambil keputusan untuk menjualnya dengan harga yang jauh lebih murah.

“Saya tidak mahu menyimpan barangan terjejas kerana ia akan merugikan saya,” katanya.

Murni Abdul Rahman, 47, pula berkata dia mengambil peluang membeli barangan pada harga lelong di premis yang dinaiki air.

“Saya orang tempatan Rantau Panjang, jadi saya tahu harga asal dan memang diakui barangan yang dilelong dijual pada harga sangat rendah,” katanya.

Tinjauan Bernama di Kawasan Perniagaan Bebas Cukai Rantau Panjang mendapati lokasi itu sesak dengan orang ramai yang tidak melepaskan peluang tawaran harga lelong bagi barangan yang ditenggelami banjir. – 7 Disember, 2024
 

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt commits RM24mil to bring FIFA World Cup 2026 to every Malaysian screen: Fahmi

Fans nationwide will enjoy full tournament coverage via RTM, Unifi TV, and public viewing events under MADANI government initiative

Related