HEADLINES

Cukai taksiran di Selangor naik 25% mulai 1 Januari 2025

Pemilik harta akan menerima diskaun sehingga 75% menerusi kadar baharu itu, berbanding kenaikan 100% yang sepatutnya dibuat

1:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kadar cukai taksiran di Selangor akan dinaikkan sehingga 25% melibatkan mulai 1 Januari 2025, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim.

Menurutnya, nilai baharu itu diluluskan oleh kerajaan negeri selepas penangguhan pelaksanaannya pada 2019, mengambil kira beberapa faktor termasuk keadaan ekonomi semasa.

Beliau berkata, pemilik harta akan menerima diskaun sehingga 75% menerusi kadar baharu itu, berbanding kenaikan asal 100% yang sepatutnya dibuat.

“Pemilik harta yang telah lama tidak dibuat semakan akan menerima diskaun sehingga 75% pada cukai taksiran baharu bagi kenaikan yang melebihi 100%.

“Contohnya jika cukai taksiran rumah pangsapuri yang dibayar tahun ini berjumlah RM100 setahun, maka jumlah cukai baru yang dibayar pada 2025 adalah RM125 berbanding RM200 yang patut dikutip pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memberitahu, kadar cukai taksiran baharu ini adalah bagi memastikan kepatuhan dan penguatkuasaan yang lebih efektif dalam bidang penilaian serta perkhidmatan awam di seluruh negeri.

“Ia dilaksanakan sejajar Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] yang mana senarai satu nilaian baharu hendaklah disedia dan disiapkan oleh semua PBT setiap lima tahun,” katanya.

Suee Lim memberitahu, semakan nilaian tahunan ini juga untuk meningkatkan hasil dan sekali gus menyediakan kemudahan awam yang lebih baik termasuk pengurusan sisa pepejal serta kebersihan awam. – 9 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related