HEADLINES

Tiada permohonan Zafrul untuk keluar Umno, kata Zahid

Zahid berkata parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga ‘hati’ parti masing-masing

12:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar dari Umno.

Malah, kata Zahid, setakat ini Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno tidak bertemunya untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaan,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Zahid berkata demikian media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah ke-4 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan rundingan sengit dikatakan sedang berjalan dengan kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa beberapa hari lagi.

Bagaimanapun semalam, Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata setakat ini beliau tidak menerima borang permohonan daripada Tengku Zafrul untuk menyertai PKR.

Menurut Fuziah, tiada laluan khas untuk menyertai parti itu dan sesiapa yang ingin menyertai parti itu – termasuk Tengku Zafrul – mesti mengikut prosedur standard.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya mengambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga ‘hati’ parti masing-masing.

Zahid turut menasihatkan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menjaga perpaduan yang terbina dalam gabungan tersebut sebaiknya.

Malah beliau turut mengingatkan ahli dan pemimpin parti untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.

“Apa pun agenda peribadi hendaklah diketepikan jika seseorang itu mahu partinya diberikan keutamaan.

“Kalau memberikan kepentingan peribadi sebagai keutamaan, maka kita serahkan untuk ahli-ahli menilai integriti seseorang itu,” katanya. – 14 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia must remain firm against Jho Low’s US pardon bid: Gobind

DAP chairman emphasises that all individuals linked to the 1MDB scandal must be held accountable without exception

Tomorrow’s not coming. It’s here – and it has your face – Ravindran Raman Kutty

A young world led by old hands – the contradiction that defines our politics, and the challenge for younger generations to step up

Morocco wants KL court to declare cult leader Mawla Amin not Prophet’s descendant

Kingdom’s statement of claim says his activities in Malaysia have tarnished its image

Related