HEADLINES

Pegawai Menteri Kesihatan nafi hospital kerajaan tahan mayat, buat laporan MCMC

Tiada prosedur operasi standard (SOP) untuk menahan jenazah disebabkan bil yang tidak berbayar, kata setiausaha akhbar Nik Azmi Nik Ahmad Fathil

8:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kepada Menteri Kesihatan menafikan dakwaan bahawa hospital kerajaan menahan mayat individu yang meninggal dunia kerana tidak menyelesaikan bayaran hospital.

Berikutan itu, Setiausaha akhbar kepada Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Nik Azmi Nik Ahmad Fathil telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap seorang pengguna X yang membuat dakwaan tersebut.

Nik Azmi menegaskan proses berkenaan perlu mengikut prosedur di mana jika mayat bukan warganegara, waris atau kedutaan perlu menuntut.

Justeru beliau meminta pengguna akaun berkenaan memadamkan hantaran tersebut atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Nik Azmi juga memberitahu, laporan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Laporan MCMC telah dibuat. Saya mohon kerjasama semua agar isu ini tidak menimbulkan keresahan ramai.

“Hospital kerajaan dibayar oleh pembayar cukai. Menyimpan mayat melibatkan kos yang tinggi dan boleh melibatkan risiko penyakit juga.

“Tiada sebab untuk menangguhkan urusan,’’ katanya menerusi hantaran di akaun X.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pengguna dalam akaun X yang mendakwa terdapat banyak mayat, kebanyakan bukan warganegara tidak dituntut di hospital kerajaan kerana tidak dapat menyelesaikan bayaran perubatan.

Dalam hantaran lain, Nik Azmi berkata tiada prosedur operasi standard (SOP) untuk menahan jenazah disebabkan bil yang tidak berbayar.

“Ada banyak prosedur perlu dipatuhi dan semua borang harus ditandatangani oleh waris yang sah sebelum jenazah boleh diserahkan oleh pihak hospital.

“Sentiasa ada kes jenazah ‘disimpan’ lebih lama. Kita tidak nafikan. Contoh kalau ada perintah mahkamah untuk sebarang urusan atau siasatan lanjut,’’ demikian tulisnya.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.

Bagaimanapun hospital berkenaan, Hospital Bersalin Razif (HBR) menafikan dakwaan pihaknya ‘sengaja’ menahan jenazah bayi lelaki itu seperti tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan hospital berkata selepas bayi tersebut disahkan meninggal dunia, permit untuk mengebumikan jenazah sudah ditandatangani dan mereka telah memaklumkan kepada bapa bayi tersebut untuk menguruskan upacara pengebumian pada keesokan hari iaitu 25 November.

Bapa bayi berkenaan, Safwan Roshdy telah membuat laporan polis dan kes tersebut dalam siasatan.

Sementara itu, sumber dari Kementerian Kesihatan memberitahu Scoop pihak hospital mesti memutuskan jika terdapat keperluan untuk bedah siasat atau penjagaan khas untuk mengelakkan jangkitan silang, bagi menentukan sama ada mayat boleh diserahkan segera untuk pengebumian.

Sumber memberitahu, berdasarkan SOP, mayat perlu diserahkan dengan segera untuk mengelakkan kemarahan saudara-mara atau merumitkan isu berkenaan. – 15 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related