◉ HEADLINES

PM tegaskan tidak campur tangan keputusan mahkamah bebaskan Rosmah

'Kita hormati keputusan mahkamah. Kalau dirasakan perlu membuat rayuan, itu keputusan Peguam Negara', kata Anwar

7:59 PM MYT

 

IPOH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada tuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan cukai.

Anwar berkata keputusan itu tertakluk kepada kuasa mahkamah dan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan tidak wajar menyamakan pentadbirannya dengan pentadbiran terdahulu berkaitan kes-kes di mahkamah.

“Saya tidak menemui mana-mana hakim, saya tidak bicara dengan Ketua Hakim Negara dalam soal keputusan mahkamah. 

“Kita hormati keputusan mahkamah. Kalau dirasakan perlu membuat rayuan, itu keputusan Peguam Negara,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan buku Lim Kit Siang: ‘Malaysian First’ Jilid 1 dan 2 di sini hari ini. 

Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk membatalkan kesemua tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut hari ini.

Sementara itu, Anwar memaklumkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sabah adalah di bawah bidang kuasa negeri dan Yang di-Pertuan Agong.

“Apakah Perdana Menteri tak tahu? Perdana Menteri tahu. Memang dirujuk. Tapi Perdana Menteri yang tahu ini pun, tahu Perlembagaan dan batasannya (kuasa Perdana Menteri). 

“Sekarang, setelah Agong perkenan, apa pendirian saya? Saya terima baik keputusan Agong dan mendoakan sebaiknya supaya Tun Musa Aman akan menjadi seorang Yang Dipertua Negeri yang baik untuk Sabah,” katanya. 

Anwar berkata keputusan mahkamah membebaskan Musa daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram pada 2020 adalah ketika dalam pemerintahan kerajaan terdahulu. – 20 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related