HEADLINES

Media watak penting rai roh demokrasi negara: Anwar

Media berperanan penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan selain ulasan dan pencerahan, kata Perdana Menteri

8:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai peranan media sebagai watak penting dalam meraikan roh demokrasi yang bermakna di negara ini.

Perdana Menteri berkata, media berperanan penting dalam memberi kritikan, teguran, pandangan selain ulasan dan pencerahan.

“Dalam kesempatan yang ada hari ini, saya bertemu pengamal media tempatan dan luar negara bagi menyampaikan perkembangan terkini hala tuju negara terkait polisi kerajaan, pelbagai isu semasa dan masa depan negara.

“Sesi ini penting supaya penjelasan dan maklumat dapat diberikan khususnya terkait prestasi jemaah menteri, basmi kemiskinan tegar, dasar luar dan ekonomi negara di tengah-tengah perubahan dinamik global, isu serantau dan kebangkitan Asean.

“Saya turut ditanya mengenai industri minyak dan gas negara yang memerlukan kerjasama semua pihak agar saling menyokong untuk berkembang ke tahap lebih maju lagi di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu beliau mengadakan sidang media khas bersama kira-kira 100 wartawan tempatan dan antarabangsa di Subang hari ini.

Selain itu Perdan Menteri turut berharap sesi terbabit memberi manfaat kepada semua dan dapat dijayakan lagi kelak.

“Agar halatuju, polisi kerajaan, isu semasa dan lain-lain lagi diberikan kesedaran serta pencerahan sewajarnya,” katanya. – 21 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related