HEADLINES

Kematian kucing di UM akibat serangan anjing liar: Rusdi

Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat

2:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kematian beberapa ekor kucing di kampus Universiti Malaya (UM) baru-baru ini berpunca serangan sekumpulan anjing liar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perkara itu disahkan selepas siasatan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar.

“Hasil semakan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) turut mengesahkan kecederaan yang dialami kucing-kucing berkenaan adalah akibat serangan haiwan liar.

“Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian ini pada 17, 20 dan 21 Disember lalu. Namun, tiada saksi insiden tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau melaporkannya ke balai polis berhampiran.

“Aduan rasmi berhubung penganiayaan haiwan juga boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar di pautan awa.dvs.gov.my bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang terbabit,” katanya.

Rabu lalu, satu laporan polis dibuat Kesatuan Mahasiswa UM Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (MMUM FPE) susulan penemuan dua bangkai kucing di fakulti terbabit dalam keadaan dicacatkan dipercayai didera.

Polis kemudiannya mengesahkan kematian kucing tersebut bukan kerana dibunuh atau didera, sebaliknya akibat diserang anjing liar.

Semalam, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa tindakan serta-merta dan siasatan menyeluruh dilaksanakan, untuk mengenal pasti punca kematian kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri di UM baru-baru ini.

Beliau yang juga isteri Perdana Menteri mengecam sekeras-kerasnya kelakuan penganiayaan terhadap haiwan berkata siasatan itu perlu, bagi memastikan insiden yang bertentangan nilai kemanusiaan dan melanggar undang-undang, tidak berulang. – 22 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

KLIA responds swiftly to storm-induced water overflow at terminal

Engineering and safety teams mobilised within minutes to contain rainwater intrusion and protect passenger areas, as thunderstorms continue across the Klang Valley

PTPTN to use e-Kasih data to convert loans into scholarships for students from low-income households

Starting next year, PTPTN will refer to the database to transform loans for students from poor families into scholarships, lightening financial burdens and enhancing academic focus

FAM dismisses talk of Nacho Mendez joining Harimau Malaya

FAM says it is not pursuing any process involving Mendez and has dismissed speculation linking the Spanish-born player to Harimau Malaya

Related