◉ HEADLINES

Derma jihad Siti Mastura: ‘jangan bagi satu sen, baik pergi makan sedap,’ kata Siti Kasim

Siti Kasim berkata, adalah lebih baik jika penyokong PAS menggunakan wang berkenaan untuk membantu orang miskin, daripada menyumbang kepada ‘derma jihad’ berkenaan

1:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR  – Aktivis dan peguam Siti Zabedah Kasim membidas tindakan PAS yang menggunakan perkataan jihad bagi mengadakan ‘derma jihad’ untuk menampung bayaran saman fitnah Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad ke atas pimpinan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim berkata, ini kerana Siti Mastura telah diberikan peluang untuk meminta maaf sebelum ini namun enggan berbuat demikian.

Aktivis dan peguam Siti Kasim berkata jangan menunggang agama dengan menggunakan perkataan jihad. – Gambar fail Bernama, 24 Disember, 2024

Justeru beliau meminta supaya penyokong PAS tidak diperbodohkan dan menyumbang kepada derma berkenaan.

“Jangan bagi satu sen, baik pergi makan sedap, baik tolong miskin.

“Dahsyat, tak tahu malu. Orang (DAP) tu dah bagi peluang untuk minta maaf tetapi degil.

“Kalau nak dapatkan fakta, bukan dari buku politik tetapi buku akademik,’’ katanya menerusi klip video di dalam Facebooknya.

Siti Kasim berkata, saman fitnah yang perlu dibayar sebanyak RM825,000 berkenaan adalah cara untuk mengajar mereka yang menipu dan memfitnah.

Pada 4 Disember lalu, Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, diarah membayar RM750,000 kepada veteran DAP serta dua Ahli Parlimen parti itu selepas kalah dalam saman fitnah yang dikenakan terhadapnya.

Dalam keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hakim Quay Chew Soon mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Siti Mastura disaman selepas membuat dakwaan Kit Siang, Guan Eng dan Kok mempunyai pertalian keluarga dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng semasa berceramah di Kemaman, Terengganu pada 2023.

Mengulas lanjut, Siti Kasim berkata, adalah lebih baik jika penyokong PAS menggunakan wang berkenaan untuk membantu orang miskin, daripada menyumbang kepada ‘derma jihad’ berkenaan.

Sementara itu, surat dalaman daripada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan PAS memutuskan bahawa semua peringkat perlu mengambil tanggungjawab menyelesaikan tuntutan tersebut.

Takiyuddin berkata ini kerana kenyataan Siti Mastura yang didakwa mengeluarkan kata-kata berkenaan semasa menunaikan tanggungjawab terhadap parti dan perjuangan, iaitu dalam program kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 4 November 2023.

Beliau menambah peguam SN Nair & Partners yang mewakili plaintif, mengeluarkan surat pada 11 Disember yang menuntut pembayaran segera sebanyak RM825,000. – 24 Disember, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related