HEADLINES

Kenaikan tarif elektrik dan RON95 perlu dianjakkan, jangan dilaksana serentak

Harga barang dan perkhidmatan pasti naik kerana sebarang kenaikan adalah kos kepada peniaga

6:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia yang dicadang oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk dinaikkan sebanyak 14.2% kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWj) bermula Julai tahun depan adalah wajar memandangkan sudah 10 tahun kadarnya kekal pada tarif sama.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah berkata jika diikutkan kepada kos bahan api sekarang, kenaikan sepatutnya adalah lebih tinggi dari 14% yang dicadangkan.

“Bila kita tengok ‘justification’ daripada TNB dari tahun 2014 sampai sekarang tiada kenaikan, 10 tahun dah… jadi memang wajar kerana kenaikan kos bahan api telah meningkat.

“Kalau diikutkan kenaikan itu boleh mencecah kepada 30 atau 40% (mengikut kadar tarif semasa dunia), namun kerajaan ambil inisiatif enggan (terlalu) membebankan pengguna,” katanya.

Namun begitu, Fomca berharap agar pelaksanaan tarif elektrik tidak dinaikkan serentak dengan RON95 sebaliknya dilaksanakan beberapa bulan selepas itu agar ia tidak memberi impak yang besar kepada pengguna.

“Kerajaan masih belum umumkan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar RON95, jadi kerajaan harus memainkan peranan laksanakan dulu program yang memberi subsidi bersasar sebelum tarif elektrik dinaikkan.

“Ini kerana dengan kenaikan-kenaikan ini, pastinya harga barang dan perkhidmatan pun akan naik, memberi kesan kepada pengguna… kerana kenaikan ini juga memberi kos kepada peniaga (yang tiada pilihan terpaksa menaikkan harga jualan mereka),” katanya.

Pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Prof Emeritus Barjoyai Bardai pula berpendapat kerajaan wajar melaksanakan satu dasar kenaikan dahulu bagi memantau dari segi harga dan kadar inflasi selain impak kepada pengguna akhir.

Menurutnya, sebagai contoh, pelarasan minimum RON95 mungkin boleh dianjakkan selepas tiga bulan kenaikan tarif elektrik bagi tujuan berkenaan.

“Mungkin pelaksanaan boleh dilakukan secara lebih teratur, dimulai dgn tarif TNB untuk memudahkan pemantauan dari segi kesan ke atas harga dan kadar inflasi.

“Selepas itu, mungkin selang tiga bulan (baru laksanakan pelarasan minimum RON95), yang mana kesannya dijangka lebih sensitif bagi pengguna,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan TNB memaklumkan tarif asas elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 14.2% kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWj), bersama dengan jadual tarif baharu bermula Julai 2025.

Perubahan itu akan berlaku di bawah Tempoh Peraturan 4 (RP4) selama tiga tahun yang akan berkuat kuasa dari Januari 2025 hingga Disember 2027.

Bagaimanapun, untuk enam bulan pertama RP4 sehingga Jun 2025, tiada perubahan dalam kadar tarif elektrik dan struktur tarif.

Kenaikan juga dijadualkan berjalan seiring dengan program rasionalisasi petrol RON95 yang akan dikuatkuasakan seawal Julai 2025. – 27 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

‘Cruel and unnecessary’: Family of Malaysian executed in Singapore denied final goodbye

Rights group says relatives left in shock after prison rejected requests for last visit or message

[TONTON] UEC adalah ciptaan Malaysia, bukan produk China: Pengerusi Dong Zong

KUALA LUMPUR – Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), yang sering disalah anggap sebagai produk China, sebenarnya dicipta oleh rakyat Malaysia, kata Datuk Tan Yew Sing, pengerusi Dong Zong. Beliau menekankan UEC adalah ciptaan Malaysia...

Budget 2026 upgrades key to Visit Malaysia readiness: MAHB

Airport operator welcomes funding for KLIA transfer facility, regional airport upgrades and incentives to boost international flights

Related