HEADLINES

Tanah mendap sedalam 1 meter dikesan di Taman Puncak Jalil

Kerja membaik pulih jalan tersebut dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga hari

3:36 PM MYT

 

SERI KEMBANGAN – Tanah mendap sedalam kira-kira satu meter dikesan di hadapan projek pembinaan kondominium di pesiaran Taman Puncak Jalil, di sini, yang dipercayai berlaku antara tengah malam hingga awal pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han yang meninjau kawasan berkenaan berkata, mendapan itu berpunca daripada paip bawah tanah milik Indah Water Konsortium (IWK) yang telah pecah.

Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih jalan berkenaan telah dijalankan dengan segera oleh kontraktor terbabit dan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga hari.

“Saya meminta pengguna jalan ini supaya berhati-hati dan mengikut arahan kontraktor,’’ katanya menerusi klip video ringkas di dalam Facebooknya.

Gambar tanah mendap yang dirakamkan menggunakan dron di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, hari ini. – Gambar dari media sosial, 29 Disember, 2024

Kawasan terbabit telah diklasifikasikan sebagai zon merah oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) dengan laluan di situ telah dilencongkan.

Bagaimanapun apa yang dibimbangi oleh penduduk ialah kesesakan pasti bertambah buruk memandangkan esok adalah hari Isnin.

Apatah lagi, pelajar sekolah juga akan mula bersekolah selepas cuti penggal ketiga dan cuti Krismas.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan hampir setiap hari, ia dikhuatiri akan memburukkan lagi keadaan mendapan itu. – 29 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Related