HEADLINES

Umno batal himpunan solidariti Najib, Isnin ini

Umno akur dengan saranan menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib

11:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dijadualkan pada Isnin ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu akur dengan saranan ramai menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap Najib.

Umno juga, katanya, tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

“Sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan parti, Umno sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi ke atas Yang di-Pertuan Agong.

“Umno menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak.

“Atas prinsip menjunjung titah Seri Paduka Baginda dan sebagaimana arahan Ketua Polis Negara, Umno mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan pada 6 Januari 2025 ini,’’ katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk pendengaran bagi rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Addendum.

Penetapan tarikh itu adalah pendengaran bagi rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas Perdana Menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Addendum

Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataannya berkata permohonan bagi keampunan atau pengurangan hukuman hendaklah dikemukakan oleh banduan yang terbabit untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Istana Negara, ini berikutan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Ia kemudian disusuli kenyataan dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, yang meminta orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak.

Razarudin berkata, ia demi menghormati kenyataan Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif baginda dalam urusan pengampunan itu, selain bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. – 3 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Related