HEADLINES

Polis adakan sekatan jalan menuju Putrajaya esok

PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada

9:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan mengadakan beberapa sekatan di jalan masuk ke Putrajaya esok serta melaksanakan pemeriksaan ketat susulan larangan Himpunan Solidariti Najib di depan Istana Kehakiman.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata, ia bagi memastikan tiada apa apa senjata, ‘banner’, sepanduk yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik atau hasutan berhubung dengan himpunan esok. 

“PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada.

“Orang ramai diingatkan agar jangan hadir  perhimpunan besok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidi Sham turut memberitahu, perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama hari ini mendapati pekarangan Istana Kehakiman telah dipasang pagar bagi memastikan tiada sebarang perhimpunan diadakan di kawasan tersebut.

Polis sebelum ini dilaporkan menolak permohonan penganjuran perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di sini esok.

Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah. – 5 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Related