HEADLINES

Kempen keselamatan dalam talian di sekolah akan dilaksana dalam masa terdekat: Fahmi

Kempen ini menekankan 'no media social' di peringkat sekolah rendah manakala sekolah menengah menumpu kepada kaedah penggunaan Internet dan media sosial dengan selamat

8:16 PM MYT

 

SEPANG – Kerajaan akan melaksanakan kempen keselamatan dalam talian di sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata kempen itu diadakan bagi meningkatkan pemahaman serta kesedaran ibu bapa, guru dan murid sekolah tentang keselamatan dalam talian bagi mengelak golongan itu terjerumus menjadi mangsa penipuan serta jenayah dalam talian.

“Dalam tempoh beberapa minggu lagi, akan diadakan kempen kesedaran di sekolah untuk tingkat pemahaman serta kesedaran tentang keselamatan dalam talian bagi ibu bapa, guru dan murid sekolah rendah.

“Kita mahu mereka tidak beri sebarang fokus kepada media sosial, maksudnya no media social pada peringkat sekolah rendah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi di Kampung Orang Asli Kelinsing di sini hari ini.

Bagi peringkat sekolah menengah, Fahmi berkata tumpuan kerajaan ialah pendedahan mengenai kaedah penggunaan Internet dan media sosial dengan selamat.

“Hal ini untuk mengelak daripada menjadi mangsa scam (penipuan dalam talian) dan jenayah lain yang ada dalam talian,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmian, Fahmi berkata terdapat 454 kes penipuan dipercayai menggunakan teknik palsu asli atau deepfake direkodkan sepanjang tahun lepas yang melibatkan kerugian sebanyak RM2.72 juta.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Bernama Nasriah Darus serta Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain. – 11 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related