◉ HEADLINES

Pemberi tawaran peroleh 86.18% saham MAHB, tarikh akhir dilanjut ke 24 Januari ini

Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham dan tempohnya dilanjutkan kepada Jumaat

9:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR —  Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama bagi saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 86.18 peratus.

AmInvestment Bank dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat 5 petang, 15 Januari 2025, jumlah saham MAHB yang dipegang oleh penawar tawaran bersama dan penawar tawaran muktamad bersama adalah sebanyak 85.77% (1,431,048,124 saham).

Ini meningkatkan jumlah saham yang diperoleh kepada 86.18 peratus, iaitu sebanyak 1,437,965,399

Tawaran pengambilalihan saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham dan tempohnya dilanjutkan kepada Jumaat, 24 Jan, 2025, daripada 17 Jan, 2025, kata bank pelaburan itu. – 15 Januari, 2025

Topics

 

◉ Popular

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related