HEADLINES

Tumpu tingkat ekonomi, budaya ilmu dan AI: PM

PM memohon rakyat supaya fokus dalam bidang itu supaya tidak ketinggalan terutama dengan dasar-dasar AS yang tidak menentu

4:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak terus kekal fokus dalam meningkatkan soal ekonomi negara, kemahiran, budaya ilmu dan kecerdasan pintar (AI).

Sambil menyifatkan siri lawatannya ke empat negara baru-baru ini sebagai sangat bermakna dan berkesan, Perdana Menteri menggesa rakyat supaya menumpukan bidang berkenaan supaya tidak ketinggalan.

“Dalam keadaan dunia sekarang yang penuh dengan pelbagai rencam dan rencah politik, kita perlu tumpu soal ekonomi, peningkatan budaya ilmu, kemahiran dan AI.

“Kita kena kembali memohon rakyat supaya fokus dalam bidang itu supaya tidak ketinggalan.

“.. dan sekarang ini dengan dasar-dasar Amerika Syarikat yang tidak menentu, kita harus membina kekuatan dalaman. Kekuatan dalaman itu bagi saya sangat mendesak dan sangat asasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai menunaikan solat Jumaat bersama pelajar UiTM Dengkil di Pusat Islam UiTM Dengkil, di sini hari ini.

Anwar berkata, rakyat juga mesti digerakkan untuk terus menguasai ilmu, meningkatkan kemahiran dan mengangkat martabat negara bagi menghadapi dunia yang semakin mencabar dan penuh persaingan ini.

Katanya, beliau pada masa sama juga komited mahu memperkukuhkan semula blok Asean supaya lebih kuat.

Sebelum ini, Anwar menyertai siri lawatan ke empat buah negara bagi membawa misi penting dengan mengetengahkan suara Malaysia ke persada dunia selain meningkatkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala.

Ia bermula dengan lawatan rasminya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK), Belgium, dan Switzerland sejak 12 Januari lalu.

Dalam rangka lawatan tersebut, beliau mengetuai delegasi Malaysia termasuklah ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos menerusi destinasi lawatan akhirnya ke Switzerland. – 24 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related