HEADLINES

Siasat segera dakwaan lebih 100,000 mangsa banjir belum terima bantuan: Shamsul Iskandar

Berdasarkan SOP, mangsa banjir yang mendaftar di PPS layak menerima bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara dan agensi-agensi berkaitan

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dakwaan lebih 100,000 mangsa banjir masih belum menerima bantuan perlu disiasat dengan segera, kata Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurut beliau, agensi berkaitan pengurusan bencana digesa menyiasat segera kerana bantuan itu perlu diselesaikan dengan segera.

“Kita menerima laporan bahawa ramai mangsa banjir belum menerima bantuan. Kerajaan komited memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang berkelayakan. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri telah mengarahkan supaya isu ini disemak hingga ke akar umbi bagi memastikan tiada yang tercicir.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), mangsa banjir yang mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) layak menerima bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara dan agensi-agensi berkaitan,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Sumbangan Skuad Ihsan Madani Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan dan pakaian seragam sekolah kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior di Tanah Merah, hari ini.

Shamsul Iskandar mahu aduan itu diselesaikan dengan segera bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada semua mangsa yang layan.

Beliau juga tidak mahu mendengar kes mangsa banjir tercicir daripada menerima bantuan sedangkan mereka layak menerimanya berdasarkan pendaftaran di PPS.

“Mengikut SOP, bantuan sepatutnya diberikan dalam tempoh sebulan tetapi kini sudah dua bulan berlalu. Peruntukan telah ada, namun isu ini masih berlanjutan melibatkan beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.

Shamsul Iskandar turut menyeru mangsa banjir yang belum menerima bantuan agar melaporkan perkara itu kepada pemimpin masyarakat bagi memudahkan tuntutan dibuat dan mengelakkan isu berbangkit. – 25 Januari, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related