HEADLINES

Pengguna media sosial diingat berpada-pada komen isu libat kaum: Fahmi

Menteri Komunikasi berkata demikian ketika mengulas isu kontroversi peniaga jagung bersifat perkauman, yang masih menjadi polemik di media sosial ketika ini

5:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata sebagai sebuah negara majmuk dan mempunyai masyarakat berbilang kaum, pengguna media sosial perlu mengamati dan menjaga sensitiviti dalam melontarkan komen serta pendapat di platform berkenaan.

“Kita perlu berpada-pada dalam mengemudi sentimen yang sering kali begitu mudah tersebar atau ditular dalam media sosial… nasihat saya sebagai Menteri Komunikasi ialah kita perlu bersederhana dalam meletakkan komen.

“Kadang-kadang kita merasakan komen yang kita letak itu tak ada siapa yang akan nampak, tapi sebenarnya zaman sekarang terlalu mudah untuk sesiapa, tak perlu jadi warga MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia).

“Kadang-kadang netizen boleh mendapat pelbagai maklumat tentang seseorang yang meletakkan komen dalam media sosial, jadi saya merasakan kita perlu bersederhana,” katanya dalam sidang media selepas Digital Leadership Excellence Graduation Ceremony 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu kontroversi peniaga jagung bersifat perkauman, yang masih menjadi polemik di media sosial ketika ini. 

Semalam, penjual jagung yang mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman itu telah memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia khususnya kaum India atas perbuatannya.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran di X berkata peniaga tersebut juga telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang. – 17 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related