HEADLINES

Adun Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak

7:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 58, meninggal dunia ketika perlawanan bola sepak.

Adun dari Perak itu yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bahagian Tapah, meninggal dunia selepas rebah di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad berkata Ishsam rebah semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium itu.

Menurutnya, Allahyarham dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 5.40 petang selepas bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.

“Yang Berhormat telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan HPP pada 6.28 petang,” katanya, lapor Bernama.

Abdul Rozak berkata mayat Ishsam dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HPP untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Difahamkan Ishsam yang lahir pada 31 Ogos 1966 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak sekitar 80-an dan 90-an.

Allahyarham merupakan calon Umno bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N48 Ayer Kuning pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Beliau telah memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi. – 22 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Prasarana cyberattack: hackers release 300GB of private files online after countdown ends

RansomHub published documents after public transportation company missed one-week deadline to pay unknown ransom amount

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Related