HEADLINES

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros: PM

Beliau berkata perbincangan tersebut menyentuh aspek-aspek kerjasama terutama melibatkan projek baharu yang akan diterokai oleh kedua-dua syarikat dalam apa jua bidang

9:45 PM MYT

 

BANGI – Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perbincangan tersebut menyentuh aspek-aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek-projek baharu yang akan diterokai oleh kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang. 

“Kesepakatan yang telah dipersetujui (setakat ini) bersama oleh saya, mewakili Kerajaan Malaysia dan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) adalah untuk menerima kenyataan tentang undang-undang semuanya.

“Saya bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof akan berhubung dengan kerajaan Sarawak dan kalau boleh, kita akan panggil perjumpaan untuk mendengar usul mereka. Saya fikir penyelesaian itu yang terbaik dapat kita capai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di sini hari ini.

Isnin lepas, Anwar pada sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata Kerajaan Persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa hasrat itu termaktub dalam Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Pindaan) (DGO), yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac, 2025.

“DGO, apabila dibaca bersama Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), memperuntukkan bahawa Petros berperanan sebagai agregator di Sarawak,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata peranan itu tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada Petronas dan anak-anak syarikatnya.

Pengiktirafan tersebut disambut baik Abang Johari yang berkata penyertaan Petros dalam bidang minyak dan gas adalah sebahagian usaha Sarawak untuk bergerak ke hadapan dalam menyertai seluruh ekosistem ekonomi berdasarkan prinsip kerjasama.

“Kita bukan lokek (kedekut). Apa yang kita ada, kita kongsi. Petronas dan Petros mesti bekerjasama,” katanya. – 22 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related