HEADLINES

4 pegawai Ismail Sabri ditahan SPRM

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan majistret untuk tiga hingga lima hari

2:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditahan reman tiga ke lima hari bagi siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Media yang memetik sumber SPRM memberitahu perintah tahanan reman itu dibuat di Mahkamah Putrajaya semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM,’’ katanya di sini hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat lalu untuk tiga individu.

Manakala seorang lagi yang direman sejak tiga hari lalu telah dibebaskan hari ini. – 23 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related