◉ HEADLINES

Penggunaan inhaler untuk pesakit asma dalam keadaan darurat tidak batal puasa: Dr Helmy

Namun untuk langkah lebih berhati-hati pesakit boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggunaan inhaler atau alat sedut untuk pesakit asma tidak membatalkan puasa sekiranya dalam keadaan darurat.

Ketua Pusat Kesihatan Paru Paru (Lung Centre) Hospital Pantai KL, Dr Helmy Haja Mydin ketika memberikan penjelasan itu berkata, perkara berkenaan sering ditanya oleh pesakitnya.

Jelasnya, terdapat dua kategori inhaler iaitu untuk asma dan untuk mengawal gejala penyakit asma.

“Menurut Ulama Mutakhirin Mazhab Syafii, sekiranya dalam keadaan darurat seperti serangan asma yang teruk, maka pengambilan inhaler tidak membatalkan puasa.

“Namun untuk langkah lebih berhati-hati pesakit boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan,’’ katanya menerusi hantaran di Instagram.

Dr Helmy juga memberitahu, bagi inhaler untuk mengawal asma pula, ia biasanya digunakan dua kali sehari iaitu dipakai semasa waktu bersahur serta berbuka.

“Ini nasihat yang saya sering berikan kepada pesakit saya setiap kali bulan Ramadan,’’ katanya.

Sementara itu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan menurut ulama mutakhirin mazhab Syafi’i, jika dalam keadaan darurat seperti serangan asma yang berat atau kronik maka pengambilan inhaler tidak membatalkan puasa.

Namun, katanya, untuk langkah lebih berhati-hati dia boleh mengeluarkan fidyah untuk hari-hari yang dia menggunakan inhaler.

“Hukum menggunakan inhaler ketika siang Ramadan jika melibatkan serangan asma yang terlalu ringan dan tidak mencapai tahap darurat maka pengambilan inhaler membatalkan puasa.

“Hal ini selari dengan pandangan yang dipilih dalam buku Panduan Berpuasa bagi Pesakit yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah disahkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,’’ katanya. – 13 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related