HEADLINES

Polis buka kertas siasatan insiden tampar bukan Islam makan ketika Ramadan

Polis menerima laporan daripada pengadu berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada malam semalam

3:30 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang lelaki bukan Islam diherdik dan ditampar seorang individu semasa makan ketika Ramadan di kedai serbaneka di pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia 21 tahun berhubung kejadian itu pada 9.08 malam semalam.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 3.45 petang semalam. Dalam insiden itu, pengadu mendakwa dirinya telah ditampar sebanyak dua kali pada pipi sebelah kanan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila lelaki tersebut bertanya tentang agama pengadu dan meminta MyKadnya namun pengadu enggan memberikan kad tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Balveer Singh turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dilapor berkata insiden itu disifatkan sebagai tindakan provokasi selain tidak mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian negara berbilang kaum. 

Aaron dipetik berkata tindakan itu harus dihentikan serta-merta dan tidak dibenarkan berkembang di negara yang menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.

Insiden itu juga tular dalam media sosial semalam menerusi dua video berdurasi 32 dan 44 saat. – 17 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related