HEADLINES

Pemilihan PKR: Lebih 17,500 pencalonan diterima, penyertaan luar biasa

Zaliha berkata fasa seterusnya iaitu proses bantahan yang berlangsung mulai 18 Mac, 12.00 tengah hari sehingga 20 Mac, 11.59 malam

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 17,500 pencalonan diterima daripada 222 cabang PKR di seluruh negara bagi pemilihan parti berkenaan selepas penamaan calon ditutup pada 16 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, ia adalah sebagai penyertaan yang luar biasa dan mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam mengukuhkan proses demokrasi dalaman yang matang serta inklusif.

Jelasnya, pemilihan kini akan memasuki fasa seterusnya iaitu proses bantahan yang akan berlangsung mulai 18 Mac, 12.00 tengah hari sehingga 20 Mac, 11.59 malam.

“Selepas itu, proses rayuan terhadap bantahan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac untuk memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

“Bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberi ruang untuk berbuat demikian sebelum 20 Mac ini,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Zaliha memberitahu, selepas semua proses ini, senarai muktamad pencalonan bagi Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang akan diumumkan pada 28 Mac 2025.

“JPP ingin menzahirkan penghargaan kepada semua anggota parti yang telah menyertai proses ini dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Penyertaan besar ini membuktikan PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, inklusif dan terbuka kepada penyertaan akar umbi,’’ katanya.

Beliau berkata, JPP mengingatkan semua calon dan penyokong agar terus mematuhi tatacara pemilihan bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar, telus dan harmoni.

Maklumat rasmi berkaitan Pemilihan Keadilan 2025 boleh dilayari menerusi pemilihan.keadilanrakyat.org serta ikuti media sosial rasmi Facebook dan TikTok Pemilihan Keadilan 2025. – 18 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related