◉ HEADLINES

Jakel cadang tindakan undang-undang selepas 11 tahun menunggu bina Masjid Madani, namun dihalang Zaliha

Hasrat Jakel bagaimanapun tidak diteruskan atas nasihat Dr Zaliha yang menyatakan ia akan menjadi satu isu besar membabitkan kaum

12:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan Jakel mengakui pada awal pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduki tanah milik syarikat tekstil itu secara tidak sah.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata ini kerana pihaknya sudah menunggu sehingga 11 tahun bagi pembinaan masjid terbabit.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak diteruskan atas nasihat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

“Kami menunggu selama 11 tahun dan kami ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap jiran kami ini (Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman), tetapi dihalang oleh Dr Zaliha yang mengatakan ini akan menjadi satu isu besar membabitkan kaum.

“Beliau sarankan saya jumpa terus dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah pembangunan masjid itu dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Selain itu Mohamed Faroz berkata, usaha pembinaan masjid di tapak berkeluasan 12,142 kaki persegi itu sudah bermula pada 2009 di mana perbincangan antara Jakel dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berlangsung.

“Hasilnya surat tawaran rasmi dikeluarkan pada 6 Ogos 2012 diikuti dengan bayaran deposit sebanyak 10% pada 8 Ogos 2012. Seterusnya pada 2014, perjanjian jual beli dengan DBKL ditandatangani dan bayaran baki diselesaikan.

“Pada Julai 2019, Jakel menghantar surat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membina masjid.

“Selepas 24 hari, pada 26 Julai 2019, pihak syarikat menerima sokongan pembinaan daripada JAWI yang meluluskan (permohonan bina masjid),” katanya.

Beliau berkata, pada tahun yang sama permohonan ‘development order’ (DO) dikemukakan ke DBKL dan diluluskan pada 12 Februari 2020.

“Pada 17 Jun 2021 kelulusan pelan bangunan diperolehi daripada DBKL. Kelulusan ini turut diperbaharui beberapa kali sehingga hari ini,” katanya.

Tambah Mohamed Faroz, projek pembinaan Masjid Madani tidak akan menjadi kenyataan tanpa kesabaran dan kepemimpinan yang konsisten.

“Bukan rahsia bahawa usaha ini melalui pelbagai cabaran. Namun hari ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri, kita melihat perubahan bukan sekadar janji tapi pelaksanaan.

“11 tahun kami bersabar berunding. Alhamdulillah ‘finally you made it Yang Amat Berhormat’, you are the man. Dan untuk itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bukan kerana sokongan kepada kami, tetapi sokongan kepada umat Islam di kawasan ini dan dengan terbinanya masjid ini, Datuk Seri akan dikenang sampai bila-bila tanpa Datuk Seri , ‘we will not have this event’,” katanya. – 27 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

MCMC investigates woman over fake TikTok shutdown post

Regulator questions suspect linked to fabricated claim using Buletin TV3 logo to falsely announce TikTok ban

◉ Related