◉ HEADLINES

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam gempa bumi di Myanmar, Thailand

Media melaporkan, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar diikuti gempa susulan dengan magnitud 6.4 menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian

9:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia, melalui kedutaannya di Yangon dan Bangkok sedang memantau dengan rapat situasi susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan negara jiran Thailand pada Jumaat, dengan tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera berdasarkan pemeriksaan awal.  

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa semakan awal oleh Kedutaan Besar Malaysia di Yangon bersama komuniti Malaysia mendapati semua rakyat Malaysia dalam keadaan selamat dan tidak terjejas setakat ini.  

Di Thailand, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra berkata laporan awal turut mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang cedera.  

“Rakyat Malaysia yang berada atau dalam perjalanan ke Myanmar dan Thailand dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu,” menurut Wisma Putra.

Malaysia, melalui Kementerian Luar, turut merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Menurut laporan media, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), seperti dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa susulan dengan magnitud 6.4 menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian.  

Gegaran daripada kedua-dua gempa bumi itu dilaporkan turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.  

Di Myanmar, media tempatan melaporkan bahawa darurat telah diisytiharkan di wilayah Sagaing, Mandalay, Magway, Bago, Negeri Shan Timur dan ibu negara Naypyidaw, sementara pihak berkuasa terus menilai tahap kerosakan.  

Di Thailand, laporan menunjukkan bahawa sistem pengangkutan utama — termasuk MRT, BTS dan Airport Rail Link di Bangkok — telah digantung susulan gegaran itu. Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra turut mengisytiharkan darurat di Bangkok sementara penilaian tahap kerosakan sedang dijalankan.  

Sementara itu, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok yang terletak di Kronos Office Tower, telah ditutup sementara bagi tujuan penilaian keselamatan.  

“Buat masa ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak menghampiri kawasan premis kedutaan yang sedia ada.  

“Sekiranya berlaku kecemasan atau gegaran susulan yang kuat, rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan untuk berkumpul di Kompleks Kedutaan bersebelahan Sathorn Garden, dan bukan di lokasi Kronos Sathorn Tower,” menurut Wisma Putra. – 28 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related