HEADLINES

KPT kerah kepakaran kaunseling, perubatan bantu mangsa insiden Putra Heights

Bantuan kemanusiaan dan trauma turut diberikan dengan tumpuan kepada kanak-kanak dan PPS di Masjid Putra Heights

1:43 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengerahkan seluruh kepakarannya termasuk kaunseling dan perubatan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights, di sini.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, bantuan kemanusiaan serta trauma turut ditumpukan kepada mangsa terutama kanak-kanak yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

“Kita telah mengambil langkah untuk memastikan sebuah pasukan di bawah KPT dihantar dengan segera melibatkan pasukan perubatan daripada kalangan universiti-universiti yang mempunyai hospital.

“KPT juga menghantar team psikologi bagi membantu mereka yang menghadapi trauma. Mereka mengendalikan bukan hanya orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.

“Selain itu, kita turut menghantar satu pasukan daripada Siswa Madani. Sukarelawan-sukarelawan ini kita himpunkan dari pelbagai universiti di seluruh negara termasuk dari Sarawak,” katanya kepada media selepas melawat PPS di sini hari ini.

Zambry berkata, KPT turut mengenal pasti pelajar-pelajar yang terkesan dengan insiden tersebut di mana bantuan yang diberikan bukan sekadar dalam bentuk wang tunai tetapi meliputi aspek-aspek lain seperti kemudahan komputer untuk pengajian serta urusan pendaftaran.

“Setakat ini kita mempunyai sembilan pelajar yang terlibat. Kita bersiap sedia untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan.

“Ia bukan setakat bantuan dalam bentuk cash, tetapi pendaftaran mereka juga pada Isnin nanti boleh dilonggarkan sedikit sekiranya ada kesulitan untuk mereka bergerak.

“Saya juga sudah maklumkan kepada pihak universiti supaya tempoh mereka mendaftar itu dapat dilanjutkan,” katanya. – 4 April, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Unraveling tragedy: The role of inquests in Malaysian law – Chuah Bee Kim

More than just a legal process, inquests provide families with answers, shaping policies that prevent future loss

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Related