HEADLINES

Kerajaan sediakan komputer riba, telefon pintar pada mangsa kebakaran Putra Heights: Gobind

Kementerian Digital akan menyediakan 100 komputer riba, 100 tablet, 100 telefon pintar dan 500 powerbank kepada mangsa yang memerlukan peranti tersebut

2:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Kerajaan akan menyediakan 100 komputer riba, 100 tablet, 100 telefon pintar dan 500 power bank kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Menerusi kenyataan hari ini, Gobind berkata permohonan bagi mendapatkan peranti berkenaan boleh dibuat bermula hari ini menerusi pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, S Preakas.

“Semasa lawatan saya ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights pagi ini, saya dimaklumkan banyak peranti digital milik mangsa sama ada hilang atau rosak dalam kejadian tersebut,’’ katanya.

Kebakaran yang melibatkan saluran gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada 8.10 pagi Selasa lepas, secara keseluruhannya melibatkan 1,254 orang daripada 308 keluarga.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami, manakala 148 rumah lagi terjejas dengan kerosakan yang boleh dibaiki.

Setakat 8 pagi ini, seramai 379 mangsa daripada 97 keluarga masih berada di PPS Masjid Putra Heights.

Gobind juga memaklumkan MyDigital Corporation, sebuah agensi di bawah Kementerian Digital, juga akan bekerjasama rapat dengan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) serta Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyediakan platform dalam talian bagi memastikan maklumat jelas dan kemas kini tepat pada masanya disalurkan kepada mangsa.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah bertungkus lumus membantu mereka yang terjejas dalam insiden ini.

“Kementerian Digital, bersama agensi-agensinya akan terus bekerjasama rapat dengan mangsa kejadian ini.

“Kami berharap agar mereka yang cedera segera sembuh dan mereka yang mengalami kerugian akan menerima bantuan yang diperlukan dalam menghadapi saat-saat sukar ini,’’ katanya. – 4 April, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related