◉ HEADLINES

Kebakaran Putra Heights belum diklasifikasi kes jenayah, tidak boleh terus buat tuduhan

Kertas inkuiri telah dibuka untuk mengetahui sekiranya wujud sebarang unsur jenayah berkaitan kejadian itu

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kes kebakaran saluran paip di Putra Heights belum diklasifikasikan sebagai kes jenayah sementara menunggu siasatan penuh bagi menentukan punca letupan tersebut.

Justeru, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tiada sebab untuk mendedahkan nama pemaju atau sebagainya sehingga siasatan selesai.

Beliau memberitahu, kertas inkuiri telah dibuka untuk mengetahui sekiranya wujud sebarang unsur jenayah berkaitan kejadian itu.

“Kita tidak akan terus menuduh mana-mana pihak atas tindakan yang mungkin menyebabkan kejadian ini.

“Fokus kami adalah terhadap punca kemalangan, dan setelah siasatan selesai barulah kita dapat kenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

“Oleh itu, tiada keperluan untuk mendedahkan nama syarikat yang terlibat buat masa ini,’’ katanya sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights hari ini.

Hussein berkata demikian ketika ditanya mengenai kontraktor, sub kontraktor dan pihak yang terlibat dalam kerja-kerja penggalian bagi menggantikan paip pembentungan berhampiran lokasi kejadian.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerja-kerja siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di kawasan kawah yang terbentuk akibat letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, belum dapat dimulakan.

Ini kerana, katanya pihak berkuasa masih perlu menstabilkan kawasan ‘ground zero’ yang kini sangat tidak stabil akibat letupan serta ditakungi air kerana hujan.

“Bagi memulihkan keadaan, pengaliran sementara melalui pembinaan longkang monsun yang merentasi paip gas Petronas telah dilakukan dan selesai hari ini.

“Ini termasuk kerja-kerja ‘heat mapping’ (100-650 Celcius) melibatkan 300 meter radius, ini adalah fasa pertama. Dalam fasa kedua, kita akan memastikan keselamatan dan kestabilan tanah sebelum kerja pengorekan bagi memperlihatkan saluran paip gas dan pencarian keterangan fizikal dapat dilakukan.

“Ini melibatkan aktiviti pemeriksaan permukaan tanah, pengkelasan tanah dan pemasangan cerucuk keping yang akan berlangsung esok hingga 15 April,” katanya. – 6 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related