HEADLINES

MCMC siasat dua individu termasuk pempengaruh politik muat naik kandungan 3R

Pempengaruh dan aktivis politik itu didakwa menimbulkan sentimen perkauman di media sosial melibatkan lagu kebesaran negeri Perak, penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad sert pengambil alihan Menara Kuala Lumpur

9:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu termasuk seorang pempengaruh politik yang memuatnaik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R (perkauman, agama dan Institusi Diraja) di Facebook dan TikTok.

MCMC dalam kenyataannya memaklumkan pempengaruh dan aktivis politik itu menimbulkan sentimen perkauman di media sosial melibatkan lagu kebesaran negeri Perak, penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad sert pengambil alihan Menara Kuala Lumpur.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Sesi rakaman percakapan terhadap mereka dijalankan pada hari ini di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya bagi membantu siasatan lanjut,’’ katanya.

Susulan itu, kata MCMC, sebuah telefon bimbit dan satu kad sim milik seorang suspek telah disita bagi tujuan analisis forensik.

Manakala bagi seorang lagi suspek, MCMC berkata, telefon bimbitnya telah disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan atas kesalahan yang berlainan.

Justeru, MCMC menasihatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab serta berhemah serta tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini. – 7 April, 2025

Topics

 

Hangat

Analysts assess Malaysia’s fuel future as June deadline looms

Coordination and conservation seen as key as supply buffers face post-June pressure

Kuala Selangor PKR AGM descends into chaos as no-confidence dispute leaves three women injured

Tensions flare after AGM as members challenge handling of motion against division chief; police reports lodged

Sarawak aims to pack a punch with 2027 SEA Games boxing event in Sri Aman

State minister pushes for venue known for its roaring crowds, while cycling events likely to move to Selangor due to incomplete velodrome project

Related