HEADLINES

Banjir kilat: lelaki, anjing maut terkena renjatan elektrik di Shah Alam

Iqbal berkata siasatan awal mendapati premis itu merupakan stor menyimpan barang pembinaan dan turut dijadikan tempat tinggal oleh warga asing itu

5:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki warga asing berusia 27 tahun maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik susulan banjir kilat yang melanda Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, turut ditemukan ialah bangkai seekor anjing yang juga mati akibat terkena renjatan elektrik.

Anjing berkenaan, katanya ditemui di sisi lelaki berkenaan.

Iqbal memberitahu, mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan terapung di perkarangan sebuah stor menyimpan barang-barang pembinaan pada 10.51 pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati premis itu merupakan stor menyimpan barang pembinaan dan turut dijadikan tempat tinggal oleh warga asing itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Iqbal, pemeriksaan polis tidak menemukan sebarang kesan pergelutan dan kecederaan pada mayat yang kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut dan mereka yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372,” katanya. – 11 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Related