HEADLINES

Tun M sebak buka kapsul masa Wawasan 2020, gambar, sajak gamit memori

Antara barangan yang ditanam termasuk gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur, wang kertas RM2, poster Menara Kuala Lumpur, filem gambar, keratan iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video dan beberapa barang lain lagi

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur, duit serta sajak menjadi antara barangan yang terkandung dalam kapsul masa Wawasan 2020 yang dibuka hari ini.

Kapsul masa yang disimpan sejak 1 Oktober 1996 itu kini berusia kira-kira 28 tahun yang menyimpan pelbagai barangan terpilih dibuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di Menara Kuala Lumpur di sini.

Dr Mahathir yang kini berusia 99 tahun berkata, beliau langsung tidak menyangka masih berpeluang untuk membuka kapsul berkenaan di usianya sekarang.

“Saya tak menyangka (masih) dapat lihat barang-barang (dalam kapsul), saya fikir masa itu saya dah tak ada lagi.

“Saya masih (boleh) berusaha membuka dan membaca (kenyataan media) dan tengok isi kandungan (lain). Ini satu perkara yang saya syukur teramat sangat,” katanya yang kelihatan sebak pada majlis berkenaan hari ini.

Antara barang-barang yang terdapat di dalamnya termasuklah gambar-gambar pembinaan Menara Kuala Lumpur, wang kertas RM2, poster Menara Kuala Lumpur, filem gambar, keratan iklan Menara Kuala Lumpur, cakera padat video dan beberapa barang lain lagi.

Hadir sama isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

Terdahulu Dr Mahathir juga membaca sebuah sajak bertema patriotik yang ditulisnya sendiri sempena Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Umno pada 4 Mei 1996 yang disifatkannya menggamit memori.

“Hampir 30 tahun dulu saya masukkan segalanya dalam kapsul ini dan zaman itu pun saya sudah berusia 70 tahun, mana nak tahu saya masih ada di waktu ini.

“Saya sebak dan bersyukur kerana masih dapat membaca sajak supaya anak Malaysia terus berjuang untuk bangunkan negara,” katanya. – 13 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related