◉ HEADLINES

Ramanan pertahan Ketua Cabang PKR Sungai Buloh, Dr Sathia menang di Hulu Selangor

Ramanan berjaya mempertahankan kedudukan di cabang berkenaan yang mempunyai 4,604 ahli layak mengundi manakala Dr Sathia menang 3,016 undi dalam pertandingan tiga penjuru

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua calon Naib Presiden PKR, Datuk Seri R Ramanan dan Dr Sathia Prakash Nadarajan masing-masing mempertahankan jawatan di peringkat cabang pada pemilihan parti kali ini.

Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, menang tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Sungai Buloh.

Beliau berjaya mempertahankan kedudukan di cabang berkenaan yang mempunyai 4,604 ahli layak mengundi.

Manakala Dr Sathia yang juga Timbalan Setiausaha Agung PKR menang di Cabang Hulu Selangor dengan 3,016 undi dalam pertandingan tiga penjuru di cabang itu.

Beliau menewaskan dua calon lain, bekas Ketua Cabang Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui hanya mampu berpuas hati dengan 993 undi dan J Kalaichelvan pula 609 undi.

Berdasarkan laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, jumlah ahli yang layak mengundi di Cabang Hulu Selangor ialah 5,538 dengan kertas undi dikeluarkan ialah 4,618.

Semalam, sesi pengundian di Selangor berlangsung membabitkan 22 cabang antaranya Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Tanjong Karang, Selayang, Gombak, Pandan, Ampang, Hulu Langat, Bangi, Puchong, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang dengan keseluruhan jumlah pengundi seramai 92,619. – 13 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related