HEADLINES

MP Raub, Pengerusi SAMKA ditahan, halang penjawat awam jalankan tugas: Ketua Polis Pahang

Ketua Polis Pahang berkata berapa lama atau sama ada akan direman esok akan dimaklumkan kemudian

6:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang telah ditahan polis hari ini membabitkan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi Scoop mengesahkan penahanan dua individu berkenaan.

“Ahli Parlimen Raub dan Pengerusi SAMKA ditahan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaiitu menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya.

“Berapa lama atau akan direman esok belum dapat dipastikan, kita maklum kemudian,” katanya ringkas hari ini.

Terdahulu, pentadbir Facebook Chow Yu Hui iaitu media sosial rasmi Ahli Parlimen Raub itu, penahanan kedua-dua mereka disahkan oleh peguam kedua-dua individu itu.

Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance Wilson Chang telah disahkan oleh peguam bahawa ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya.

“Kami akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan mengemaskinikan maklumat terkini melalui Facebook dan media secepat mungkin,” katanya dalam satu perkongsian di media sosial hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, polis akan memanggil lima individu termasuk Yu Hui bagi membantu siasatan kes menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, Yu Hui yang juga Penasihat SAMKA akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada Sabtu lalu, polis memaklumkan menerima tiga laporan oleh pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), pihak polis dan badan bukan kerajaan (NGO) – 14 April, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related