◉ HEADLINES

Pasukan pembelaan Najib akan temu bual Roger Ng dalam perbicaraan 1MDB

Perkembangan terbaharu ini dimaklumkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar meminta mahkamah menetapkan tarikh berkenaan kehadiran Roger Ng ke mahkamah

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang berlangsung.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihak pembelaan akan menemu bual Roger Ng terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada beliau akan dipanggil sebagai saksi, jika perlu.

Perkembangan terbaharu ini dimaklumkan selepas Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar meminta mahkamah menetapkan tarikh khusus daripada pihak pembelaan berkenaan kehadiran Roger Ng ke mahkamah sekiranya beliau diperlukan untuk memberi keterangan.

Pada 2023, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa Roger Ng telah kembali ke Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan skandal kewangan 1MDB.

Roger Ng, yang berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas disabitkan kesalahan di New York kerana bersubahat dalam penyelewengan dana 1MDB, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes berkenaan.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, menghadapi 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menyalahgunakna jawatannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung Isnin. – 17 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

‘You cannot please everyone’: Nurul Izzah to continue fighting through Madani society

PKR leader says she will pursue her struggle outside direct party involvement, focusing instead on serving the wider community

◉ Related