◉ HEADLINES

Tewas kepada Afdlin, Nik Nazmi beri bayangan kemuka rayuan

Nik Nazmi yang tewas dengan beza 68 undi, percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan namun tidak memperincikannya

10:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya dalam menyuarakan isu berbangkit pada pemilihan cabang PKR.

Beliau yang tewas kepada pelawak, Datuk Afdlin Shauki pada pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa hari ini dengan beza 68 undi, percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan namun tidak memperincikannya.

“Berhubung keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Setiawangsa yang telah diumumkan, saya percaya bahawa proses pemilihan yang telus dan adil adalah asas kekuatan KEADILAN sebagai parti reformasi.

“Namun begitu, kami percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya untuk menyuarakan perkara tersebut.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan pemilihan parti dijalankan dengan integriti dan keadilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazmi yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau akan membiarkan proses rayuan berjalan mengikut peraturan dan ruang yang ditetapkan oleh parti.

“Saya kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan perjuangan KEADILAN di semua peringkat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar bagaimanapun
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyokong, jentera, dan ahli parti yang telah bersama-sama berkempen serta memberikan sokongan sepanjang proses pemilihan.

“Sokongan anda semua amat saya hargai dan akan terus menjadi kekuatan saya dalam meneruskan perjuangan reformasi,” katanya.

Terdahulu, perebutan jawatan ketua cabang PKR Setiawangsa hari ini menyaksikan Afdlin yang juga pengarah serta pelakon memperoleh 631 undi, berbanding 563 undi diperoleh Nik Nazmi

Afdlin menyertai PKR pada 2021, dan bertanding jawatan itu pada 2022, namun kalah kepada Nik Nazmi, Ahli Parlimen Setiawangsa dua penggal.

Sebelum ini, dua pemimpin pusat PKR yang tewas pada peringkat cabang parti itu, akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pada pemilihan berlangsung Sabtu lalu.

Keputusan itu diambil Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung dan Timbalan Ketua Penerangan PKR, Chua Wei Kiat.

Chean Chung yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya, berkata keputusan itu dibuat susulan pihaknya menerima pelbagai panggilan dan mesej mempersoalkan ketelusan keputusan serta proses pemilihan berkenaan. – 19 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related