HEADLINES

Ramanan mohon JKM bangunkan pusat simpanan barangan kecemasan banjir

Pusat simpanan barangan kecemasan itu berfungsi sebagai persediaan membantu orang ramai dalam menghadapi kejadian banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh

6:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan akan memohon kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membangunkan pusat simpanan barangan kecemasan bagi kawasan Sungai Buloh.

Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh itu, ia bagi memudahkan dan mempercepatkan keperluan serta barangan kecemasan dapat disampaikan lebih efisyen serta cepat kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, Ramanan berkata, beliau juga memohon dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk mempercepatkan Projek Tebatan Banjir dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh bagi membendung kejadian sebegini berlaku berlarutan.

“Justeru itu, saya telah menyarankan mesyuarat penyelarasan bersama semua agensi yang berkaitan dalam masa terdekat,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ramanan turut memaklumkan lebih 200 rumah di beberapa kawasan dalam Parlimen Sungai Buloh termasuk Kampung Paya Jaras Hilir, Kampung Kubu Gajah, Taman Seri Alam, Kampung Merbau Sempak serta beberapa lokasi sekitar terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebat yang berpanjangan sejak semalam.

Katanya, sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan hampir 200 keluarga telah dipindahkan ke PPS Dewan MBSA Seri Pagi 26 keluarga, PPS Dewan Kenanga PDT Petaling 59 Keluarga, PPS Dewan Bunga Matahari 22 Keluarga dan PPS SK Merbau Sempak pada tengahari tadi bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terjamin.

Ramanan yang turut meninjau keadaan di kawasan terjejas merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama pantas dan efektif dalam menangani kejadian itu, termasuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dan Cabang PKR Sungai Buloh dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk, ketua-ketua kampung serta agensi kerajaan berkaitan.

“Kami akan terus memantau situasi semasa dan memastikan semua langkah perlu diambil demi menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk. Saya juga menyeru seluruh penduduk untuk terus peka dengan sebarang perkembangan dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama,” katanya.

Hujan lebat sejak semalam mengakibatkan beberapa daerah lain di Selangor dilanda banjir kilat serta tanah runtuh.

Visual banjir dan tanah runtuh itu telah dimuat naik dalam media sosial hari ini. – 23 April, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Government to roll out targeted RON95 subsidy using IC-based verification

Tech-driven mechanism aims to curb misuse and ensure only deserving Malaysians benefit from subsidised fuel

Related