◉ HEADLINES

PRK Ayer Kuning: Peratusan keluar mengundi masih rendah: SPR

Setakat 11 pagi tadi, hanya 26.36% daripada 31,281 pengundi berdaftar, menunaikan tanggungjawab masing-masing

1:05 PM MYT

 

TAPAH – Kadar peratusan mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada sebelah pagi masih rendah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata setakat 11 pagi tadi, hanya 26.36% daripada 31,281 pengundi berdaftar, menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Walaupun jumlah peratusan mengundi agak rendah pada pagi ini, SPR tetap optimis bahawa peratusan mengundi bagi PRK DUN Ayer Kuning akan mencapai sasaran 70%,” katanya dalam sidang media selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor di sini, hari ini.

Justeru, beliau menyeru pengundi berdaftar supaya keluar lebih awal memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Ramlan berkata proses pengundian setakat ini, berjalan lancar dan berharap momentum sedemikian dapat kekal hingga pusat pengundian ditutup 6 petang ini.

Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran telah dibuka serentak pada 8 pagi tadi bagi PRK DUN Ayer Kuning.

Proses pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu. – 26 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM4,000 grant to scrap old car, buy new Proton, Perodua

Under Budget 2026, government and national car makers to provide the grant to ensure better road safety

◉ Related