◉ HEADLINES

Tidak rasmi: BN berjaya pertahan kerusi DUN Ayer Kuning

Calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang majoriti 4,751 undi dengan memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira dalam persaingan tiga penjuru

8:32 PM MYT

 

TAPAH – Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira.

Calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek meraih 5,603 undi manakala Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia) mendapat 1,004 undi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung. 

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Allahyarham Ishsam, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, memenangi kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru. – 26 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

◉ Related