HEADLINES

PM Pakistan tangguh lawatan ke Malaysia susulan ketegangan insiden Kashmir: Anwar

Anwar turut menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan

11:06 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif akan menangguhkan lawatan rasminya ke Malaysia yang dijadualkan pada Jumaat ini susulan ketegangan yang timbul selepas insiden serangan di Kashmir baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata perkara itu dimaklumkan rakan sejawatnya, Shehbaz melalui penggilan telefon semalam.

“Saya memahami situasi rumit yang sedang dihadapi Pakistan dan mendoakan agar keadaan segera reda serta tidak terus meruncing. 

“Saya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan untuk siasatan bebas dan telus bagi mengenal pasti dalang sebenar serangan itu,” katanya.

Anwar berkata beliau turut menyatakan kesediaan Malaysia memainkan peranan ke arah meredakan ketegangan sekiranya diperlukan. 

Perdana Menteri berkata hubungan baik Malaysia dengan Pakistan dan India adalah aset penting yang boleh dimanfaatkan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Beliau berkata Shehbaz turut menyatakan penghargaan terhadap hubungan erat antara kedua-dua negara serta mengutarakan hasrat untuk mempercepatkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang sedang dirunding dan menegaskan komitmen Malaysia untuk menyegerakan urusan tersebut. 

“Insya-Allah apabila keadaan mengizinkan, kita akan menyambut Perdana Menteri Shehbaz di Malaysia dalam suasana aman dan tenteram,” katanya lagi.

Serangan tembakan yang meragut 26 nyawa di kawasan pelancongan Pahalgam, Kashmir pada 22 April lalu menimbulkan ketegangan antara India dan Pakistan.

India menuduh Pakistan sebagai dalang di sebalik serangan itu, namun Islamabad menafikannya dan sejak itu, kedua-dua negara berbalas tembakan, mengusir rakyat masing-masing dan menutup sempadan. – 5 Mei, 2025

Topics

 

Hangat

Nasib 2 Adun ‘dipecat’ di tangan Sultan Kedah, Sanusi tunggu masa menghadap

Isu pemecatan dua Adun Bersatu yang dianggap ramai sebagai "sudah dijangka" kini memasuki fasa kritikal apabila Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia membawa perincian tersebut ke hadapan Sultan Kedah

Action taken in case of teacher who allegedly groomed student, says Education Ministry

MoE does not divulge details but says matter dealt with in accordance with existing guidelines

FAM confirms Puma as Harimau Malaya’s new kit sponsor

Puma takes over as Harimau Malaya’s official kit sponsor today, marking the end of FAM’s 17-year partnership with Nike

Related