HEADLINES

Sidang Kemuncak Asean: pelajar di sekolah terlibat dibenar PdPR, KPM akan umum senarai

Datuk Fahmi Fadzil berkata sekolah yang terlibat antaranya sekitar lokasi atau laluan utama ke persidangan tersebut

7:00 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan dalam masa terdekat senarai penuh sekolah yang akan dibenarkan untuk melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika berlangsungnya Sidang Kemuncak Asean akhir bulan ini. 

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sekolah yang akan dikenal pasti oleh KPM itu antaranya berada sekitar lokasi atau pun laluan utama ke persidangan tersebut. 

“KPM akan mengenal pasti sejumlah sekolah yang berada dalam kawasan laluan-laluan utama bagi sidang kemuncak (Asean). 

“Senarai sekolah ini akan diumumkan dan para pelajar akan dibenarkan untuk melakukan PdPR. Senarai penuh akan diterbitkan oleh pihak KPM nanti,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini. 

Pada 15 Mac lalu, media melaporkan Sidang Kemuncak Asean ke-46 akan diadakan pada 26 dan 27 Mei ini, manakala Sidang Kemuncak Asean bersama Rakan Dialog bermula penghujung Oktober. 

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, sidang kemuncak Asean ke-46 pada 26 Mei akan melibatkan semua 10 pemimpin negara anggota Asean manakala mesyuarat pada 27 Mei akan melibatkan ketua-ketua negara Asean dengan ketua negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). 

Dalam pada itu, Fahmi yang juga merupakan jurucakap kerajaan berkata, syarikat-syarikat swasta yang berpangkalan atau beribu pejabat di sekitar lokasi Sidang Kemuncak Asean 2025 digalakkan untuk membenarkan para pekerja mereka bekerja dari rumah (WFH). 

Selain itu, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan mengumumkan laluan-laluan utama yang akan digunakan oleh ketua kerajaan dan ketua negara yang bakal tiba bagi Sidang Kemuncak Asean. 

“Antara kawasan yang bakal terlibat termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dan Pangkalan Tentera Udara Subang. 

“Selain itu, terdapat sejumlah laluan yang akan diumumkan termasuk di kawasan sekitar sidang kemuncak yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan sejumlah hotel-hotel penginapan yang akan jadi tempat penginapan bagi delegasi Asean,” katanya. – 7 Mei, 2025 

Topics

 

Hangat

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

SIC quashes F1 return rumours for 2026

Speaking to Scoop, SIC chief executive officer Azhan Shafriman Hanif said the SIC has not approached F1 or has any agreement to bring the race back. 

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Related